Friday, 2 December 2011

10 Gambar Teknologi dan Inovasi



                                               1. DAPUR MASA DEPAN
Dapur ini direkabentuk berbentuk bulat dan menggunakan ruangan yang hanya minima. Konsep ini telah memenangi rekabentuk dengan tema “Kitchen is The Heart of Home’ dengan menetengahkan sebuah dapur yang ringkas tetapi sangat fungsional. Antara kelebihan dapur ini ialah, terdapat sistem dua lapis antara meja dengan almari, oven dan tempat penyimpanan pisau yang terbuka secara automatik apabila ditekan. Selain itu juga, rekabentuk ini telah direka oleh seorang warganegara China iaitu Cheng Ce, Zhou Dong dan Liu Guang Kui.  







                                                  2. MESIN KOPI PANTAS
Mesin ini sangat sesuai bagi penggemar kopi dan bagi mereka yang mempunyai jadual harian yang padat. Mesin ini telah menerima anugerah penghargaan dari 'IF Product Design Award 2011'. Mesin ini juga merupakan mesin kopi yang dilengkapi dengan layar sentuh 'touch screen' di mana terdapat beberapa jenis kopi yang boleh dipilih mengikut citarasa yang diingini. Produk ini dikeluarkan dengan warna hitam dan diperbuat daripada kaca bagi menampakkan mesin ini tampil dengan elegan dan berteknologi tinggi. Penggunaan mesin ini hanya memerlukan satu sentuhan bagi mengaktifkannya. 





                             
                                             3. LAPTOP MODEL ROLL
Dunia teknologi gadget semakin maju terutama laptop. Terdapat banyak rekabentuk terkini dan unik yang ditawarkan untuk laptop masa depan. Terdapat satu konsep laptop masa depan yang benar-benar luar biasa dan memiliki sebuah konsep unik dan direkabantuk oleh Hao Hua iaitu digital roll laptop. 



                                     
                                                           4. TETIKUS VIBRATE
Tetikus ini bukan sahaja bertindak sebagai tetikus yang biasa kita gunakan, ia juga mempunyai motor di dalam yang berfungsi untuk melegakan tekanan pengguna. Dengan menggunakan tetikus ini, pengguna akan dapat menggunakan laptop sambil dapat melegakan stress.






                                                          5. RESPON SUARA INTE
Alat ini dikenali sebagai Interactive Voice Response (IVR) dan berfungsi sebagai pengubah format tulisan kepada bentuk suara. Metod ini mengenalpasti tulisan yag dipaparkan dan kemudiannya disesuaikan dengan ‘library voice’ untuk membentuk perkataan berdasarkan paparan. Dengan menggunakan scan tulisan, novel atau buku, maka pengguna dapat mendengar suara yang terhasil daripada alat ini. Kesan menggunakan alat ini ialah penggunaan mata yang minima dan sesuai bagi mereka yang gemar membaca. 





                                         
                                                            6. SOLAR PLANT
Solar plant merupakan satu teknologi yag mengfokuskan kepada konsep tumbuhan yang mana dapat mengubah sinar matahari menjadi elektrik. Perkembangan teknologi solar ini sangat bermanfaat kerana dapat mengurangkan penggunaan elektrik yang minima. Alat ini berbentuk pasu bunga yang mampu mengubah sinar matahari menjadi tenaga elektrik dengan kaedah fotosintesis. Fotosintesis dilakukan dengan menggunakan panel suria yang terpasang di atas sebagai pengumpul tenaga dan diubah kepada tenaga elektrik. Bayangkan sekiranya jutaan manusia menggunakan gadget teknologi ini, berapa banyak tenaga yang dapat dijimatkan.



                                                                7. USB MAKANAN
Seiring perkembangan zaman inovasi dalam dunia gadget dan membuatkan kita tertarik untuk memilikinya. Sesuatu inovasi dari sebuah gadget yang dikembangkan dengan bentuk-bentuk unik yang membuat anda menjadi lapar. Ini merupakan sebuah informasi mengenai perkembangan teknologi sebuah USB. Bentuk unik ini membuatkan anda tidak lupa untuk makan walaupun sedang sibuk bekerja. 





                                             8.       KOOLHAUS TAP
Paip air khas ini direkabentuk supaya dapat mengetahui jumlah air yang digunakan sepanjag hari. Ciptaan ini dapat mengurangkan pembaziran air daripada setiap peralatan yang terdapat di dalam bilik air dengan meminimumkan penggunaan air. Ia berfungsi seperti komputer dengan menyimpan segala data penggunaan air sepanjang hari. Segala data  tentang penggunaan air terdapat di skrin LCD di kepala paip. Ia juga menggunakan inframerah untuk memberhentikan titisan air terakhir yang keluar secara cekap dan efisyen.


                                                 9.   SKUTER SELAM HYDROBOB

Seorang pereka Britain, Andrew Sneath memperkenalkan skuter selam HydroBoB bagi meneroka kawasan terumbu karang. Mereka yang tidak pandai berenang boleh manaiki skuter ini untuk meneroka lokasi-lokasi pelancongan si seluruh dunia sehingga kedalaman 30 meter selepas mendengar penerangan mengenai operasinya selama 10 minit. Pengguna HydroBoB tidak perlu memakai  gogal, peralatan pernafasan atau sut selam. Para pengguna itu boleh memakai sermin mata dan bercakap ketika berada dalam air. Sebuah kubah kaca member pandangan 180 darjah manakala kenderaan itu dilengkapi dengan tangki oksigen yang boleh digunakan selama sejam di dalam air. Skuter ini dijana dengan menggunakan bateri 12 volt yang terletak di bawah tempat duduk yang membolehkannya bergerak selaju dua knot. Setakat ini, Sneath menerusi syarikatnya.


                              
                                                         10. KHEMAH LUTSINAR
Khemah gelembung dan lutusinar direka untuk memberi pandangan panorama menabjukkan kepada penghuninya. Sesiapa sahaja yang ingin mencuba kelengkapan luar ini pasti mahu membawa langsir bersama-sama mereka. Walaupun ia lebih sedikit  kelihatan seperti mangkuk gergasi ikan emas, rekaan terbaru ini sebenarnya ialah khemah lutsinar. Dengan pemandangan panorama menabjukkan sekitar kawasan perkhemahan, struktur lut sinar ini direka untuk membolehkan orang ramai berada serapat mungkin dengan alam semulajadi. Bagaimanapun, ia jauh lebih canggih berbanding peralatan perkhemahan tradisional. Dengan dilengkap almari, rak dan lampu elektrik khemah gelembung ini kelihatan lebih daripada sebuah bilik hotel yang bergerak berbanding khemah biasa. 



No comments:

Post a Comment