Komputer adalah alat elektronik yang kompleks dan mempunyai banyak kelebihan. Ia sesuai untuk dijadikan alat bagi membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia berkemampuan menerima dan memproses data. Komputer juga membantu pengajar mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang berkesan jika digunakan dengan sistematik. Pengajaran yang disertakan dengan alat bantu mengajar terkini akan dapat menambah minat pelajar mempelajari sesuatu bidang pelajaran. Di samping itu, jika komputer dapat digunakan secara sistematiik dan berkesan oleh guru, ia mampu menyelesaikan sebarang masalah pengajaran dan pembelajaran.
Internet telah membolehkan perkhidmatan dan program latihan disalurkan melalui talian dan diakses secara jarak jauh. E- Learning atau pembelajaran melalui online adalah satu kaedah pembelajaran yang pelaksanaanya didukung oleh jasa teknologi seperti telefon, audio, videotape dan komputer. Pembelajaran ini membolehkan pelajar belajar di mana sahaja dan pada masa yang dipilih oleh pelajar. Ini membolehkan pelajar menguruskan sendiri masanya dengan lebih efektif. Pembelajaran secara maya ini juga melibatkan penggunaan kos secara efektif.
Pembelajaran secara interaktif secara atas talian membolehkan pelajar meneroka maklumat baru menerusi perpustakaan digital atau laman web. Pelajar berpeluang mendapat pengalaman melalui perbincangan dengan pakar dari universiti melalui emel. Apabila semakin canggih perkembangan teknologi ini, secara tidak langsung memberikan manfaat kepada bidang pendidikan. Hal ini kerana pendidikan jarak jauh dapat menyediakan satu cara penyebaran maklumat dan pengetahuan secara global.
Kebaikan pendidikan melalui e-pembelajaran adalah seperti yang berikut:
i) Pelajar boleh belajar mengikut tahap sendiri berdasarkan keupaayaannya.
ii) Belajar mengikut lokasi yang sesuai samaada di pejabat, rumah, unversiti atau di mana-mana memandangkan kemudahan internet bolek diakses di mana-mana.
iii) Melatih pelajar menggunakan pelbagai teknologi seperti pemain CD, penyiaran komputer, rakaman pita video dan lain-lain.
iv) Pelajar boleh mengarah pembelajaran mereka sendiri akan tetapi panduan pembelajaran diperlukan untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.
v) Pelajar perlu bertangggungjawab terhadap program pengajiaanya, menyelesaikan tugasan dalam tempoh masa yang ditetapkan, mengumpul maklumat dan membangunkan kemahirannya.
Oleh itu, adakah anda bersetuju pembelajaran interaktif atas talian ini? Berikan pendapat anda.....


setuju dengan pendapat blogger, e-learning adalah tunjang pendidikan sekarang, dan bakal menjadi paksi pendidikan moden akan datang.Sebagai mahasiswa bidang teknikal, saya akui saya lebih bergantung kepada video2 di Youtube umpamanya untuk memahami sesuatu teori dan aplikasi. Pembelajaran dalam kelas tidak lagi mencukupi secara jujurnya. Tetapi yang menjadi persoalan, sejauh mana impak negatif akses internet kepada perkembangan sosial masyarakat?
ReplyDeleteE-learning memberi satu impak yang besar terhadap pemahaman pelajar yang selama ini banyak bergantung kepada nota-nota kuliah. simulasi melalui e-learning memberi pemahaman melalui pengalaman realiti berbanding bacaan teori. Selain akses yang bebas di mana-mana sahaja, e-learning membantu pelajar belajar melebihi sempadan waktu kuliah dan semestinya lebih interaktif.E-learning juga boleh buat duit. :)
ReplyDeletesalam..berdasarkan apa yang di utarakan saya bersetuju dengan statement ini..tetapi ada juga pro dan kontranya. tidak di nafi juga, kaedah ini semakin maju dan sering digunaka. semaga penggunanya menggunakan dengan cara yang betul dan harmoni..sekian.
ReplyDeletezaroslida ismail
A126436
E-learning sememangnya suatu kaedah pembelajaran yang efektif dalam keidupan masa kini. Penggunaannya yang meluas dalam kehidupan muda-mudi masa kini banyak memberi impak pada keperluannya dalam pembelajaran dan pengajaran.
ReplyDeleteDengan adanya e-learning, suatu pembelajaran itu menjadi lebih menarik.Misalnya menggunakan animasi dalam menerangkan tentang sains dapat memberi kefahaman yang sebaikknya kepada pelajar.
Selain itu, e-learning membolehkan pelajar menerima sesutu ilmu itu di mana-mana sahaja. tambahan pula suatu jaringan komunikasi yng mlibatkan tenaga pengajar dengan pelajar juga lebih mudah dilakukan melalui atas talian.
EMYLIA BINTI JAMALLUDIN
A`130898
Setuju kerana pembelajaran atas talian memudahkam pelajar serta menjimatkan masa. Selain itu, ia juga memberi ruang kepada pelajar untuk berbincang secara efektif dengan rakan-rakan. Di samping itu, ia juga memberi ruang kepada pelajar untuk memilih waktu belajar berbanding menghadirkan diri ke sekolah ataupun universiti. Oleh itu, pembelajaran atas talian amat relevan selaras dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat kini.
ReplyDeleteFATIMAH BINTI AHMAD
A128300
Pada pandangan saya, pembelajaran atas talian bukan lah sangat menarik kerana jika kita lihat orang dahulu pun membaca bukan diatas talian. Mereka lebih suka membaca buku sendiri berbanding dengan menggunakan internet.
ReplyDeleteNamun bagi, remaja zaman sekarang pembelajaran atas talian amatlah relevan kerana menjimatkan masa, mungkin juga kos, dan lain-lain. Ianya terpulang kepada bagaimana individu itu dapat menggunakan teknologi itu sama ada dengan baik atau tidajk baik.
Narinjit Singh A/L Ranjit Singh
A128504
Antropologi & Sosiologi